Cool Pink Pointer Glitter /* Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-3/cur221.ani), url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-3/cur221.png), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */

Khamis, 5 Januari 2017

Resepi Donut Karamel

DONUT KARAMEL


BAHAN UNTUK MEMBUAT SOS KARAMEL
3/4 susu cair
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil vanilla extract

CARA-CARA MEMBUAT SOS KARAMEL
1. Dalam periuk,masukkan air dan gula pasir.    Nyalakan api dan biarkan gula masak          sehingga keperangan tanpa mengacaunya.
2. Bila gula dah bertukar keperangan,tutup      api dan alihkan periuk dari tungku.
3. Masukkan susu cair, garam, vanilla extract    dan mentaga. Kacau rata.
4. Siap untuk dihidang.

BAHAN UNTUK MEMBUAT DONUT

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam 
2 sudu gula

- campurkan bahan ni dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

CARA MEMBUAT DONUT

-ramaskan bahan2 ni hingga jai macam serbuk roti.
-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
-Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
-Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
-Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan